Jom Belajar 'design' Template Blogger

Ok hari ini saya ingin mengajak anda semua bersama untuk men'design' template blogger. Khas untuk pengguna blogger.com, tapi yang lain pon buleh pon leh join ape sambil tambahkan ilmu. Disini saya ingin tekankan, saya bukan 'expert' sangat tapi masih lagi dengan dunia 'programming' kerana keje saya nanti pon berkaitan ngan 'programming'. Dalam merekabentuk template blog ni, pengetahuan asas tentang HTML mesti ade, pahtu CSS. Ala HTML ngan CSS bukan susah pon. Korang buleh je pegi w3school.org

Sebelom kita start, ade baik kita memahami terlebih dahulu template blogger ni. Kalau kita g kat template ade 2 bahagian utama page element dan edit HTML. Saya tahu semua orang besa ngan page element ni kan. Widget² buleh main drag n drop je, tak susah pon

Kat edit HTML plak ade koding² seme. Mungkin ini yang boleh membuatkan sesetengah orang sakit kepala kan, kalu tick Expand Widget Templates lagi bertambah sakitnya. Korang sebenarnya tak perlu paham semuanya pon.

Bahagian CSS(cascading style sheet)
Dari <![CDATA[/* sehinggalah ]]></b:skin>. Ini bahagian takdela utama sangat dalam template blogger, tapi kalu takde memang burukla rupa template nanti. Kiranya kalau nak mencantikkan lagi blog kita CSS la caranya.

Bahagian body
Ini juga bahagian utama dalam template dan juga asas bagi HTML, kalu takde tak hidup la template tu. Pembukaan <body> dan penutup </body>. Dalam body template korang akan jumpa header hinggalah footer.

ps: saya bukannye reti sangat mengarang. Harap korang paham tulisan saya tak paham pon tak pe sebenarnya.hhahaha...sebab lepas ni kita belajar lagi.

0 komeng:

 

Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com. Best view with firefox.