Perhimpunan Bersih

Saya rasa semua sudah tahu tentang perhimpunan bersih ni. Perhimpunan Bersih telah dijadualkan pada 10 november(sabtu) anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH). Tujuan perhimpunan ini diadakan adalah untuk menuntut pilihanraya yang akan menjelang tiba dengan bebas, bersih dan adil. Ahli-ahli bersih akan berarak secara aman ke Istana Negara dan menyerahkan memorandum kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Ini antara maklumat yang saya dari http://bm.bersih.org

1. Para peserta digalakkan memakai baju kuning sebagai lambang protes. 2. Bawa kain rentang atau bendera melambangkan simbol dan mesej BERSIH sahaja. 3. Jangan bawa bendera parti.

Saya sendiri tak berasa pasti jumlah sebenar yang hadir pada perhimpunan tersebut, tapi berdasarkan gambar memang cukup ramai dengan semuanya berpakaian @ beriben kuning. Di bawah adalah keratan akhbar utusa hari ini.

KUALA LUMPUR 10 Nov — Polis telah membebaskan 245 orang yang ditahan kerana menyertai perhimpunan haram di sekitar pusat bandar hari ini selepas keterangan mereka diambil, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Mengikut anggaran polis katanya, sekitar 4,000 orang telah berhimpun secara haram di sekitar perkarangan Dataran Merdeka sehingga ke Masjid Jamek dan pihak polis telah meleraikan mereka dengan menggunakan gas pemedih mata dan penyembur air.

Perhimpunan ni dah lama dihebohkan di internet tapi pihak polis tidak memberi permit untuk mereka menjalankan perhimpunan, bakpela polis dok wi permit tuh, takut ke gane? Korang jugak boleh baca maklumat lanjut kt malaysiakini.

TUNTUTAN BERSIH

  • PENGGUNAAN DAKWAT KEKAL
  • PEMBERSIHAN DAFTAR PEMILIH
  • PEMANSUHAN UNDI POS
  • AKSES KEPADA MEDIA
Saya sendiri tak nak komplen banyak, nanti orang lain salah tafsir susah plak. Saya nak berkongsi skit screenshot yang saya amik dari website lain.



Update:
More pictures here:
http://picasaweb.google.com/pemudawp/BersihRally
http://www.flickr.com/photos/19725396@N07/
Tear gas video: http://www.youtube.com/watch?v=G-BOvl9PbKA
Water cannon video: http://www.youtube.com/watch?v=yawCxjdSoM4

Tags: ,,

0 komeng:

 

Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com. Best view with firefox.